Wednesday, November 27, 2013

HB rendah

Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada Julai lepas. Sepajang kehamilan, saya mempunyai pengalaman hb yang rendah. Iron tablet yang dibekalkan oleh klinik kesihatan tidak berapa berkesan kepada saya. Dalam pada masa yang sama saya bertanya kawan-kawan sekeliling. 

Akhirnya ada yang mencadangkan produk Shaklee. Maka saya pun mencuba vitalea sahaja. Ia nya multivitamin dan kaya dengan iron. Set lain saya tidakk ambil pun. Sebabnya saya malas makan ubat hehe. Vitalea saya amalkan sehari sebiji sahaja. Alhamdulillah berkesan, maintain je hb saya (11 ++) dan memberi tenaga kepada saya. Cuma vitalea saya kadang kala saya muntah apabila sudah menelannya 15 minit. Rupa-rupanya tidak boleh ambil ketika perut kosong.

Semasa trimester ketiga saya mengalami sakit belakang yang amat. Maklumlah perut semakin besar. Saya mencuba ostematrix (kalsium). Alhamdulillah sakit belakang berkurangan.  Saya beli dari kawan sahaja ketika itu. Tak berminat jadi ahli.  Tetapi memang mengakui produk shaklee berkesan. Kemudian saya mengambil set bajet bersalin shaklee. Alhamdulillah hari ketiga berpantang saya sudah sihat bertenaga walaupun sakit dijahit masih terasa. 

Setelah sekian lama menggunakan produk shaklee sesungguhnya saya menyesal. 

Saya kesal kerana tidak menjadi ahli dari awal. Baru sekarang sedar dengan menjadi ahli saya boleh dapat banyak keistimewaan seperti harga ahli, bonus dan pelbagai lagi. Maka sekarang saya sudah jadi pengedar shaklee. Siapa berminat untuk dapat pelbagai set kesihatan dan kecantikan dengan harga mampu milik boleh whatsapp atau hubungi saya di talian 0133684906, Wani. Ada masa nanti saya kongsikan pengalaman kulit cantik. Saya baru amalkannya. Semakin bertenaga dan nampak kesannya. Sebab saya lihat kawan-kawan lain kulit mereka gebu setelah amalkan. Serius saya iri hati dengan mereka.

Saturday, November 16, 2013

Saya dan scoliosis : 1 (Gear 2)

Alhamdulillah sudah empat tahun berlalu pembedahan scoliosis saya. 17 November 2009. Tak  perasan hari ini 17 November 2013. Sekejap masa berlalu. Tulang belakang saya sudah tidak fleksibel lagi kerana terdapat implan. pergerakan untuk tunduk terbatas.

Nak ceritanya, saya biasa memandu kereta yang bergear automatik. Tapi kadang-kadang kereta saya berada di dalam pagar rumah, kereta encik suami berada di luar. Akibat kemalasan untuk mengalih kereta encik suami, maka terpaksalah saya menggunakan kereta beliau. Gearnya manual.  Bukan saya tidak pandai, tetapi saya sukar untuk menukar ke gear nombor 2. Lagi-lagi apabila melalui bonggol yang tinggi. Memerlukan tenaga tulang belakang yang kuat. Selalu saya langkau terus ke gear tiga. Hehe.. Adakah orang lain juga mengalami masalah yang sama macam saya?

Berminat untuk belajar fb ads dan power editor? Boleh hubungi suami saya Wan Zul 013-3684906. Beliau pakar dalam social media marketing.

Sunday, September 15, 2013

Thursday, May 16, 2013

Berubah

Saya perlu mencari semangat baru. Hampir dua tahun tidak bersemangat setelah berlaku pertukaran skop dan tajuk tempoh hari. Saya cuba pada awalnya, tapi mungkin minda telah setkan 'Ini sukar, sukar nak faham dan lain-lain lagi'. Berbulan-bulan saya stress dengan menjauhi masalah dengan cara buat tidak endah. Takut, menyesal semua ada.Tapi cinta tidak boleh dipaksa beginilah akhirnya.

Walau apa pun yang berlaku, walaupun kini sudah sangat terlambat, walaupun mendapat tajaan kewangan,  saya rasa saya nekad dan tidak kisah untuk menukar tajuk, tempat dan penyelia.

Saya perlukan mood baru serta yang menjadi minat saya. Saya sangat berharap motivasi saya tidak hilang. Ya Allah bantulah aku. Cuma selepas ini saya perlu berkali ganda rajin.

Mungkin salah saya selama ini kerana kurang berkomunikasi dengan para penyelia.

Saya sedang mencari kesesuaian dan minat. Saya perlu serius.

Saya juga perlu berjimat untuk faktor kewangan. Janji tercapai hasrat hati untuk selesaikan sehingga sudah. 

*Sedang mencari dan mengumpul maklumat. Keputusan perubahan akan diputuskan kemudian. Harap urusan saya dimudahkan Allah. Semoga ianya yang terbaik bagi saya. 

warna-warni di facebook.com/ninishoppe

Tuesday, March 12, 2013

Tudung Bawal bidang 55'


RM 25 sehelai (tidak termasuk kos pos).
Brand Emperor.
Kain senang dibentuk.
Ada sequin di keliling tudung.
Stok terhad. Dapatkan segera.
SMS/ Whatsapp 0133684906

 Contoh sequin

  




Tuesday, February 5, 2013

Ujian Kehidupan

Semalam mendapat khabaran sedih dari  seorang sahabat yang sama sekolah seketika dahulu. Sedih dan berlinangan air mata membaca  mesej beliau. Menjadi surirumah sepenuh masa atas permintaan suami selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 walaupun beliau seorang pelajar yang cemerlang ketika di universiti dahulu. Dikurniakan seorang anak perempuan yang kini hampir berumur dua tahun. Di kala anak kedua tiga bulan  lebih di dalam perut, baru mendapat tahu si suami telah berkahwin lain secara senyap  dengan rakan sepejabat hujung tahun 2012 di negara jiran.  Hancur luluh hatinya. Tidak tahu apa yang si suami mahukan sehingga tergamak  melakukan begitu. Selepas meminta izin, lantas  semalam pulang ke utara Perak  kembali ke pangkuan keluarga untuk ketenangan dan perbincangan. Sungguh terkejut kedua-dua buah keluarga dengan khabaran itu. Didoakan beliau tabah, sabar, kuat dan tenang menghadapi dugaan itu dan berfikiran positif untuk masa depan. Sesungguhnya beliau wanita yang tabah yang dipilih Allah untuk diuji begitu  di saat wanita-wanita lain tidak mampu  dengan ujian itu. Tidak dapat bayang kalau ia berlaku ke atas saya.Semoga  dimudahkan urusannya.

Monday, February 4, 2013

Jumud

Saya baru berpindah ke Klang kawasan selatan dalam 3 minggu ini. Kira bersempadan dengan Shah Alam. Semalam pertama kali ke klinik desa Kampung Jalan Kebun. Hehe punyalah jumud pemikiran saya sebelum sampai.  Macam manalah rupa klinik desa itu.Terbayang bangunan papan bertingkap adabi dan berjaring besi. Meleset. Rupanya bangunan baru dua tingkat.

Sunday, January 6, 2013

tahun baru

Lama tak menaip kat sini. Satu hari bulan baru ni saya baru berjumpa dengan doktor. Suami yang beria. hmm...patutla badan saya berangin. saya pun maklum pada emak setelah didesak beratus kali oleh suami. apa pun tak lalu nak buat. angin yang sangat banyak. semoga saya cepat sihat. dengar bunyi bertalu-talu dari group wassap pun saya menyampah..