Enam belas hari dah berlalu. Rasa tak percaya. Saya di Bangi. Macam bujang lagi hehehe. Saya sudah ada cikgu disiplin. Cikgu tinggal di Shah Alam. Hmm saya kena rajin buat kerja sekolah dah sekarang ni. Takut nanti cikgu rotan!
Moga dikurniakan yang terbaik menerusi pengetahuan dan kekuatanMU agar ianya terbaik untuk urusan kehidupan dan agamaku.
Tuesday, October 2, 2012
Thursday, August 30, 2012
15
Lebih kurang lagi lima belas hari lagi. Masih rasa biasa. Konon sibuk dengan kerja sekolah. Nak kena submit paper. Moga sempat dan dimudahkan urusan.
Esok baru cadang nak cari tudung off white color. Tudung warna lain tak cari lagi. Tak ingat warna baju. Tunggu baju siap nanti.
Baru perasan satu bulan satu post je. Semakin malas dalam ini. Kalau sempat bulan depan cadang nak letak cerita bergambar pula. Ada orang nak bawa saya jalan-jalan ke Sabah nanti. Ehehe.
Salam kemerdekaan yang ke 55.

Sunday, July 29, 2012
Semangat
Pagi-pagi sudah ke kutub khanah. Hari ini dengan semangat baru setelah seminggu di kampung halaman. Semangat sudah pudar lama sangat. Semua kerja tidak semangat. Tapi melihat kepada kawan saya yang punya semangat tinggi menyiapkan MBA di kala bekerja, menjadi dorongan pada saya.
Dia akan jadi cikgu disiplin saya dalam sebulan dua selepas ini. Harapnya saya terus rajin.
Dia akan jadi cikgu disiplin saya dalam sebulan dua selepas ini. Harapnya saya terus rajin.
Thursday, June 14, 2012
Cinta
Islam tidak melarang untuk bercinta. Ianya fitrah. Tetapi Islam memandu untuk bercinta agar seiring dengan fitrah kejadian mahluk. ~ MAZA
Monday, May 14, 2012
Mungkin tidak...
Hati teringin nak pergi walau sekadar mencuba. Tapi kadang kita perlu fokus pada yang telah dirancang.Untuk elak bazir masa dan wang.
19 hingga 20 Mei saya dijemput mengikuti Program Pusat Penilaian Kompetensi bagi posisi Perangkawan E41 di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai. Saya telah lepas ujian bertulis November 2011 lalu.
Memandangkan di Sungkai, mungkin tidak pergi. Saranan-saranan lain pun tidak menyokong.
Saja merakam di sini. Kenangan diri.

Thursday, April 12, 2012
Kemelut
Jangan bermain dengan api. Itu pengajaran kepada diri.
Kesimpulannya, komunikasi suami isteri perlu jelas, jangan simpan-simpan.
Wahai sahabat, terus teranglah tentang perasaan dirimu. Saya tahu diri ini salah, namun si suami perlu jelas. Saya jadi benci dengan sikap kamu, terus menyalahkan saya walau diri ini salah satu punca. Pendam boleh membunuh.
Moga hati kamu lembut.
Sekian

Tuesday, April 3, 2012
Friday, March 23, 2012
Sama?
Sahabat lama saya menghubungi saya semalam. Kami baik, tapi kebalakangan ini jarang berhubung. Mungkin kekangan masa.
Kami sama Ipoh, matrikulasi, universiti dan juga di awal kerja dua tahun sudah. Kemudian dengan haluan masing-masing. Dia kira senior saya semasa sarjana memandangkan saya tidak bercadang untuk meyambung pada awalnya. Keluarganya juga kenal saya. Sekarang dia mengajar di Pulau Pinang. Beberapa kali juga saya kujunginya di sana.
Katanya semalam, "Ila nak menjemput ke rumah 31 Mac ini".
Suka saya dengan khabaran ini.
Saya jawab " Hazz pun nak menjemput ke rumah di Simpang Pulai 1 April ini"
Gelak kami. Dia cadang Ogos, saya cadang September nanti.
Apabila sampai masanya, mudah saja urusan. Moga-moga begitulah laluannya, insyaAllah. Tapi kadang-kadang saya masih mengulangi ayat ' Betul ker ni?' apabila saya memikirkan apa yang telah berlaku.
Moga persahabatan ini berterusan sehingga saat masa akhir.
Wednesday, March 14, 2012
Panggilan
Semalam saya mendapat panggilan daripada senior, kes awal tahun.
'Maaflah tak dapat nak teruskan. Dah boleh tutup kes.'
Pada masa itu, saya di Gulati's.
Kesimpulannya, jangan bermain dengan masa dan kata-kata. Walaupun sebulan.
Orang lain gelak aja.
'Maaflah tak dapat nak teruskan. Dah boleh tutup kes.'
Pada masa itu, saya di Gulati's.
Kesimpulannya, jangan bermain dengan masa dan kata-kata. Walaupun sebulan.
Orang lain gelak aja.
Sunday, March 4, 2012
Monday, February 27, 2012
6 atau 9
Susah juga untuk rencanakan sendiri.
Tapi biar puas hati.
6 atau 9
Menunggu kata dari tuhan.
Kata sendiri 9. Kata orang lain 6. Kata mereka?
Tapi biar puas hati.
6 atau 9
Menunggu kata dari tuhan.
Kata sendiri 9. Kata orang lain 6. Kata mereka?
Sunday, February 19, 2012
HikmahNYA
Sedang menngelap habuk. Lama tak menjengah sini.
Semalam dan kelmarin saya menghadiri konvensyen fiqh 2012 di pwtc. Alhamdulillah banyak ilmu yang dipelajari. Tema adalah wasatiyyah. Islam menuntut wasatiyyah dalam segenap aspek, tidak terlalu melampau dan tidak terlalu ringan. Dari sudut dakwah, politik, pengajian al-Quran, ilmu kitab turath, tazkiyatun nafs, ekonomi, gaya hidup dan lain-lain lagi.
Barisan panel yang membentang kertas kerja hebat-hebat ilmunya dan menarik cara penyampaian masing-masing. Tidak mengantuk. Peserta melebihi tiga ribu orang.
Tetapi, jadual yan padat bermula pagi sehingga 11 malam selama dua hari berturut adalah tidak
fleksible untuk orang seperti saya. Lenguh !
Kenangan 17 Februari 2012, Jumaat 1815, ptsl-
Sesuatu yang ingin dikenang di sini. Sesungguhnya Allah itu sayang setiap hambaNYA. Dilalukan laluan yang pelbagai untuk menguji kesabaran hamba. Terima kasih ya Allah. Moga kebaikan dan kemudahan mengiringi kita semua.
Thursday, January 26, 2012
Tiada tajuk
Masih berteka-teki hingga ke hari ini. Dalam beberapa hari lagi.
Hati menjadi tenang selepas permohonan ilham dariNYA. Tiada cenderung. Bersedia dengan natijahnya nanti.
Entah mahu entah tidak. Masih tiada faham melihat kepada rentak caranya. Kadang menyapa, bila saja aku membuat sepi. Hati tidak teruja seperti awalnya.
Dulu mahu saja dimansuhkan, malu bila tahu kebenaran. Rasa seperti hilangnya maruah ini.
Tapi dipujuk, seperti meniti jalan Rasulullah. Iyelah, menyedapkan hati ini.
"Jika kita umumkan (isytiharkan aset) itu kepada orang ramai, ini akan membahayakan individu berkenaan...." kata Nazri. Hahaha nanti ramai penyamun datang merompak.
* Puan Sara, selamat penganti baru. Mabruk 'alaik ...moga baitul muslim ini diberkati

Saturday, January 14, 2012
Segenggam tabah
Kadang dalam ungkapan gembira ada yang sayu hati di kejauhan...Moga ini menjadi peringatan untuk diriku selalu.
Ya Allah, semakin jauh aku ingin berlari, semakin dekat pula Engkau ikatkan dengan taklifan-taklifan yang tidak disangka. Sungguh aku tidak layak.
Ya Allah, permudahkanlah jalan hidupku agar dapat seiring dengan agamaMU.
Kurniakanlah kekuatan agar tidak hanyut terbuai arus.
Kala ini semakin serabut. Hal sekeliling dipandang enteng. Hati menjadi rawan.
Segala ini ujian ketabahan iman.

Subscribe to:
Posts (Atom)