Sunday, February 19, 2012

HikmahNYA

Sedang menngelap habuk. Lama tak menjengah sini.

Semalam dan kelmarin saya menghadiri konvensyen fiqh 2012 di pwtc. Alhamdulillah banyak ilmu yang dipelajari. Tema adalah wasatiyyah. Islam menuntut wasatiyyah dalam segenap aspek, tidak terlalu melampau dan tidak terlalu ringan. Dari sudut dakwah, politik, pengajian al-Quran, ilmu kitab turath, tazkiyatun nafs, ekonomi, gaya hidup dan lain-lain lagi.

Barisan panel yang membentang kertas kerja hebat-hebat ilmunya dan menarik cara penyampaian masing-masing. Tidak mengantuk. Peserta melebihi tiga ribu orang.

Tetapi, jadual yan padat bermula pagi sehingga 11 malam selama dua hari berturut adalah tidak
fleksible untuk orang seperti saya. Lenguh !


Kenangan 17 Februari 2012, Jumaat 1815, ptsl-

Sesuatu yang ingin dikenang di sini. Sesungguhnya Allah itu sayang setiap hambaNYA. Dilalukan laluan yang pelbagai untuk menguji kesabaran hamba. Terima kasih ya Allah. Moga kebaikan dan kemudahan mengiringi kita semua.

No comments:

Post a Comment