Saturday, January 18, 2014

Kaison


Akhirnya saya ke Kaison di Paradigm Mall jua tadi. Pagi-pagi bangun siapkan anak. Takut nanti tak de parking dan ramai orang. Tapi tak pagi jugalah. Macam-macam hal diselesaikan. Sampai sana dalam jam 11. Pertama kali. Dah lama idam nak ke Kaison. Saya dapat tahu kewujudan Kaison ini adalah daripada facebook group 'Nak hias rumah...Macam mana ek..?'. Suka saya jenguk situ. Macam-macam idea dikongsi bersama.

Tak dapat jalan lama-lama di Kaison. Maklumlah ada anak kecil. Tak sampai sejam. Anak dah meragam. Tapi dapatlah saya melepaskan hajat nak beli bunga di meja makan, sarung bantal, 3 bingkai gambar dan border wall paper. Yang lamanya di bahagian bunga. Rambang mata. Tak tahu nak pilih mana satu. Mula-mula dah ambil orkid, akhirnya dahlia menjadi pilihan hati.


Alhamdulillah sampai awal. Lengang dan senang nak cari parking. Disyorkan kepada sesiap yang berhajat nak ke Kaison, silalah di awal pagi untuk elak kesesakan. Ini berdasarkan pengalaman orang lain. Dan pastikan juga anda ingat di mana anda parking dan lif yang anda naiki untuk elak sesat di masa pulang.




Thursday, January 9, 2014

Dekorasi: Ruang Tamu

Pertama kali saya menulis tentang dekorasi. Secara peribadi, saya memang suka deko-deko ni. Tapi nak buat sesuatu yang besar seperti mengecat, pasang sendiri wall paper, mengetuk mahupun drill dinding tiada keberanian di situ. Takut tak jadi walaupun idea tu ada.

Antara blog yang saya sangat suka tentang dekorasi adalah blog vanilla pink dan girlish87. Cantik dan berkonsep. Ianya sesuai dengan jiwa saya. Saya suka konsep minimalis, elegan dan kontemporari. Hmm sesungguhnya, dekorasi ni kalau nak yang cantik memang memerlukan kos yang tinggi.

Dekorasi saya bajet murah sahaja. Sofa pun belum ada. Tengah kumpul duit. Tunggu bonus Shaklee pula. 3,4 bulan lagi insyallah 4 angka tu. Hehe. Sebenarnya saya minat sofa jenis fabrik di Courts. Maklumlah nak ke Fella Design tak mampu. 
 
Perlahan-lahan dalam melengkapkan keperluan rumah.

Lampu hadiah kahwin

Pandangan dari pintu masuk. Saya baru gantung deko 3 panel tu semalam.

Dari sudut ruang makan