Moga dikurniakan yang terbaik menerusi pengetahuan dan kekuatanMU agar ianya terbaik untuk urusan kehidupan dan agamaku.
Sunday, September 15, 2013
Sudah setahun
Alhamdulillah. 15 September 2013 genap setahun umur perkahwinan saya dan suami. Tarikh sama yang berkongsi tarikh dengan ulang tahun kelahiran encik suami. Sudah tua beliau, 32 tahun. Hehe macam la saya ni muda lagi. Sambutannya hanya makan malam dan doa yang baik- baik.
Makan malam di Mr Steak House Shah Alam Seksyen 13. Yang saya google ramai blogger syorkan. Bagi saya dan suami, makanan di situ biasa-biasa aja. Saya makan chicken chop golden chicken blue. Tak jumpa pun cheese dalam ayam serta sosnya saya tidak suka. Encik suami makan menu sirloin steak. Katanya tidak seperti yang dijangka. Dalam erti kata lain tak berapa sedap.
Saya rasa sepatutnya dengan tajuk nama restoran begitu, makanan perlulah sedap dan superb memandang ia menunjukkan kepakaran dalam makanan tersebut. Lainlah sekiranya nama restoran tersebut Warung Kopi Che Amat. Saya boleh terima kalau steaknya tidak sedap. Hehe banyak pula songeh saya. Semoga perkahwinan ini berkekalan bahagia dengan penuh keimanan dan juga keberkatan dari Allah hingga ke syurga hendaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment