Alhamdulillah sudah empat tahun berlalu pembedahan scoliosis saya. 17 November 2009. Tak perasan hari ini 17 November 2013. Sekejap masa berlalu. Tulang belakang saya sudah tidak fleksibel lagi kerana terdapat implan. pergerakan untuk tunduk terbatas.
Nak ceritanya, saya biasa memandu kereta yang bergear automatik. Tapi kadang-kadang kereta saya berada di dalam pagar rumah, kereta encik suami berada di luar. Akibat kemalasan untuk mengalih kereta encik suami, maka terpaksalah saya menggunakan kereta beliau. Gearnya manual. Bukan saya tidak pandai, tetapi saya sukar untuk menukar ke gear nombor 2. Lagi-lagi apabila melalui bonggol yang tinggi. Memerlukan tenaga tulang belakang yang kuat. Selalu saya langkau terus ke gear tiga. Hehe.. Adakah orang lain juga mengalami masalah yang sama macam saya?
Berminat untuk belajar fb ads dan power editor? Boleh hubungi suami saya Wan Zul 013-3684906. Beliau pakar dalam social media marketing.
No comments:
Post a Comment