Tuesday, February 5, 2013

Ujian Kehidupan

Semalam mendapat khabaran sedih dari  seorang sahabat yang sama sekolah seketika dahulu. Sedih dan berlinangan air mata membaca  mesej beliau. Menjadi surirumah sepenuh masa atas permintaan suami selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 walaupun beliau seorang pelajar yang cemerlang ketika di universiti dahulu. Dikurniakan seorang anak perempuan yang kini hampir berumur dua tahun. Di kala anak kedua tiga bulan  lebih di dalam perut, baru mendapat tahu si suami telah berkahwin lain secara senyap  dengan rakan sepejabat hujung tahun 2012 di negara jiran.  Hancur luluh hatinya. Tidak tahu apa yang si suami mahukan sehingga tergamak  melakukan begitu. Selepas meminta izin, lantas  semalam pulang ke utara Perak  kembali ke pangkuan keluarga untuk ketenangan dan perbincangan. Sungguh terkejut kedua-dua buah keluarga dengan khabaran itu. Didoakan beliau tabah, sabar, kuat dan tenang menghadapi dugaan itu dan berfikiran positif untuk masa depan. Sesungguhnya beliau wanita yang tabah yang dipilih Allah untuk diuji begitu  di saat wanita-wanita lain tidak mampu  dengan ujian itu. Tidak dapat bayang kalau ia berlaku ke atas saya.Semoga  dimudahkan urusannya.

No comments:

Post a Comment