Tuesday, February 5, 2013

Ujian Kehidupan

Semalam mendapat khabaran sedih dari  seorang sahabat yang sama sekolah seketika dahulu. Sedih dan berlinangan air mata membaca  mesej beliau. Menjadi surirumah sepenuh masa atas permintaan suami selepas mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 walaupun beliau seorang pelajar yang cemerlang ketika di universiti dahulu. Dikurniakan seorang anak perempuan yang kini hampir berumur dua tahun. Di kala anak kedua tiga bulan  lebih di dalam perut, baru mendapat tahu si suami telah berkahwin lain secara senyap  dengan rakan sepejabat hujung tahun 2012 di negara jiran.  Hancur luluh hatinya. Tidak tahu apa yang si suami mahukan sehingga tergamak  melakukan begitu. Selepas meminta izin, lantas  semalam pulang ke utara Perak  kembali ke pangkuan keluarga untuk ketenangan dan perbincangan. Sungguh terkejut kedua-dua buah keluarga dengan khabaran itu. Didoakan beliau tabah, sabar, kuat dan tenang menghadapi dugaan itu dan berfikiran positif untuk masa depan. Sesungguhnya beliau wanita yang tabah yang dipilih Allah untuk diuji begitu  di saat wanita-wanita lain tidak mampu  dengan ujian itu. Tidak dapat bayang kalau ia berlaku ke atas saya.Semoga  dimudahkan urusannya.

Monday, February 4, 2013

Jumud

Saya baru berpindah ke Klang kawasan selatan dalam 3 minggu ini. Kira bersempadan dengan Shah Alam. Semalam pertama kali ke klinik desa Kampung Jalan Kebun. Hehe punyalah jumud pemikiran saya sebelum sampai.  Macam manalah rupa klinik desa itu.Terbayang bangunan papan bertingkap adabi dan berjaring besi. Meleset. Rupanya bangunan baru dua tingkat.

Sunday, January 6, 2013

tahun baru

Lama tak menaip kat sini. Satu hari bulan baru ni saya baru berjumpa dengan doktor. Suami yang beria. hmm...patutla badan saya berangin. saya pun maklum pada emak setelah didesak beratus kali oleh suami. apa pun tak lalu nak buat. angin yang sangat banyak. semoga saya cepat sihat. dengar bunyi bertalu-talu dari group wassap pun saya menyampah..

Tuesday, October 2, 2012

16

Enam belas hari dah berlalu. Rasa tak percaya. Saya di Bangi. Macam bujang lagi hehehe. Saya sudah ada cikgu disiplin. Cikgu tinggal di Shah Alam. Hmm saya kena rajin buat kerja sekolah dah sekarang ni. Takut nanti cikgu rotan!

Thursday, August 30, 2012

15

Lebih kurang lagi lima belas hari lagi. Masih rasa biasa. Konon sibuk dengan kerja sekolah. Nak kena submit paper. Moga sempat dan dimudahkan urusan.

Esok baru cadang nak cari tudung off white color. Tudung warna lain tak cari lagi. Tak ingat warna baju. Tunggu baju siap nanti.

Baru perasan satu bulan satu post je. Semakin malas dalam ini. Kalau sempat bulan depan cadang nak letak cerita  bergambar pula. Ada orang nak bawa saya jalan-jalan ke Sabah nanti. Ehehe.


Salam kemerdekaan yang ke 55.

Sunday, July 29, 2012

Semangat

Pagi-pagi sudah ke kutub khanah. Hari ini dengan semangat baru setelah seminggu di kampung halaman. Semangat sudah pudar lama sangat. Semua kerja tidak semangat. Tapi melihat kepada kawan saya yang punya semangat tinggi menyiapkan MBA di kala bekerja, menjadi dorongan pada saya.

Dia akan jadi cikgu disiplin saya dalam sebulan dua selepas ini. Harapnya saya terus rajin.

Thursday, June 14, 2012

Cinta

Islam tidak melarang untuk bercinta. Ianya fitrah. Tetapi Islam memandu untuk bercinta agar seiring dengan fitrah kejadian mahluk. ~ MAZA