Thursday, November 17, 2011

Tukar


161111 ~ Rabu

Bermesyuarat bersama barisan penyelia (SV). Sangat berdebar untuk bentang permasalahan kajian. Bidang kewangan di sini expertise semuanya lelaki. Di Serdang pun.

Akhirnya perlu bertukar skop. Dari sudut makroekonomi kepada mikroekonomi kerana isu makro sudah banyak dikaji. Nanti sukar untuk pertahankan kertas cadangan kajian.
(Financial Development, Institutional Quality and Economic Growth: Malaysia & West Asian change to Finance, Volatility and Growth ~ focus to firm level)

Mula dengan yang baru.

Kini sedang pulun mencari isu. Jauh di sudut hati, memang tidak mampu. Dengan teori-teori yang baru nak berkenalan, programming, data...Rasa macam tak sempat nak habiskan. Tapi bila melihatkan kepada barisan SV yang bersemangat dengan idea-idea bernas dan sokongan, rugi pula berputus asa. Peluang begini bukan mudah semua orang dapat.

SV Dr. Zul katanya dahulu dia bekerja 12 jam sehari semasa di UK. 9 pagi hingga 9 malam. Siap tiga tahun.

Saya? 30 minit membaca, fikiran dah ke mana-mana. Dua jam duduk menghadap meja, sudah lenguh-lenguh pinggang. Adoi...Sedang cuba untuk 12 juga. Moga alam sekeliling mendoakan usaha saya. Kena suka kucing selepas ini :)

2 comments:

  1. gud luck cik!nnti bley sy absorb aura drpd cik...knapa dgn kucen?knapa kena sukeee kucen? =P

    ReplyDelete
  2. masih tunggang langgang. tiada aura yang baik untuk diserap buat masa ini. hehe, bila baik dengan kucing, nanti kucing doakan untuk kita. tapi tetap geli nak pegang~~ =P

    ReplyDelete