Saturday, July 9, 2011

Gotong-royong

Allhamdulillah. Saya selamat selesaikan gotong royong di bandaraya KL tadi.

Pertama kali seumur hidup. Sebelum-sebelum ini ada sahaja halnya.

Semangat. Seronok. Cuak. Cemas. Risau. Semua ada. Hanya tawakal kepada Allah.

Apa-apa pun encik berbaju biru yang menghuru-harakan yang aman. Serius. Mereka kejam. Mereka tak senang melihat kami nak berjalan secara aman. Kami tiada senjata.

Berkali-kali peluru dilepaskan. Nasib baik tidak kena kepala. Hampir. Muka sangat pedih. Tak boleh buka mata. Rasa nak muntah. Rasa nak pengsan. Tak mampu nak berjalan. Tuhan saja yang tahu. Tapi kuat semangat untuk selamatkan diri. Takut-takut kena kutip naik lori.

Allhamdulillah juga, KL diturunkan hujan lebat masa zohor. Hujan rahmat. Mengurangkan kesan gas pemedih mata. Tak sempat ambil gambar.

Saya tidak redha apa yang berlaku. Bajet beli peralatan tu dari rakyat tapi untuk kezaliman. Sangat kasihan melihat kepada warga emas. Mereka tiada hati perut.

Tonton berita malam tadi, rasa nak letupkan televisyen. TV3suku, RehatTungguMati. Semua mengarut.

Peniaga rugi? Berkali-kali singgah makan. Pelancong lari? Haha saya ada ketika itu. Turut sama mereka.

Adakah mereka yang menyampaikan berita setiap itu tidak sedar mereka menyampaikan fitnah.

Tak ingat neraka Allah. Siksa kubur. Saya takut.

Satu salah disampaikan, 27 juta orang mendengarnya tu tak termasuk yang melihat secara online. Astaghfirullah.

* Ya Allah mudahkan urusan mereka yang lain ketika ini. Saya faham bagaimana perasaan mereka yang terperangkap.

2 comments:

  1. Tahniah cik, krn diberikan kekuatan n t'pilih utk join demo ini..Innalillah!Ada yg syahid!'Kami' tak upaya utk m'berikn sokongan secara trg2n dek krn 'ugutan'..Bkn peniaga yg rugi tp tv2 'awam' yg menurun rating..Apa pn, agak comey dgn istilah2 yg cik gunakn...Hihihi!

    ReplyDelete
  2. Mereka jahat. Ada ditendang. Tiada perikemanusiaan. Yang syahid itu di lanyak dengan lima pasang kaki. Khabarannya patah rusuk tetapi laporan post morterm lambat keluar mengatakan sakit jantung. Neraca Allah itu Maha Adil!

    Telah dipesan berakhlak baik. Kalau ikutkan hati, hancur pencacai semua itu jika yang hadir itu mengamuk! Ada yang baling semula peluru tu ke si penembak. Puas hati juga hehe lihat mereka berterabur.

    Nini

    ReplyDelete