Alhamdulillah, saya sihat. Syukur tidak terhingga kepada Pencipta alam dan sekaliannya. 17 November 2010 genap setahun mengikut tahun masihi saya dibedah akibat scoliosis.
Rasa sakit dibedah juga sudah lupa. Cuma sakit sebelum dibedah masih sama dan mungkin bertambah dari sebelumnya. Biasalah, sesuatu bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh akan berlainan rasanya daripada sebelum dimasukkan. Hatta doktor sendiri yang melakukan pembedahan dan jahitan luka pembedahan terhadap pesakit juga tidak tahu bagaimana rasa sakitnya dibedah. Belum cuba sendiri belum tahu kan...
Kini, saya semakin cepat lenguh pinggang berbanding sebelum. Pemanduan 3-4 jam dari Pahang ke Perak sempena Aidil adha dan dicampur pula 2 jam menunggu sahabat di r n r Sungai Buloh tempoh hari saya sudah sangat kepenatan. Selalunya kepenatan perjalanan seperti ini sehari dua baru pulih sekiranya rehat dengan cukup. Namun segala keceriaan mesti sentiasa selalu seperti sediakala :p.
Tetapi saya yang pilih jalan ini. Saya kena tanggung risikonya. Kemasukan implan ini adalah untuk membendung daripada tulang saya semakin membengkok dan memberi kesan pada hari tua. Walaupun saya malu dengan kecacatan ini, saya kena redha. Terima kasih Ya Allah atas pemilihan ini kepada saya. Moga saya tabah.
* Kepada sahabat-sahabat yang masih dalam dilema untuk menjalani pembedahan seperti saya, sila buat pilihan yang terbaik dan saya mengesyorkan lakukan segera sebelum hari tua kerana kesannya berbaloi-baloi :). Lagi muda, lagi baik kerana tempoh sembuhnya cepat.
Rasa sakit dibedah juga sudah lupa. Cuma sakit sebelum dibedah masih sama dan mungkin bertambah dari sebelumnya. Biasalah, sesuatu bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh akan berlainan rasanya daripada sebelum dimasukkan. Hatta doktor sendiri yang melakukan pembedahan dan jahitan luka pembedahan terhadap pesakit juga tidak tahu bagaimana rasa sakitnya dibedah. Belum cuba sendiri belum tahu kan...
Kini, saya semakin cepat lenguh pinggang berbanding sebelum. Pemanduan 3-4 jam dari Pahang ke Perak sempena Aidil adha dan dicampur pula 2 jam menunggu sahabat di r n r Sungai Buloh tempoh hari saya sudah sangat kepenatan. Selalunya kepenatan perjalanan seperti ini sehari dua baru pulih sekiranya rehat dengan cukup. Namun segala keceriaan mesti sentiasa selalu seperti sediakala :p.
Tetapi saya yang pilih jalan ini. Saya kena tanggung risikonya. Kemasukan implan ini adalah untuk membendung daripada tulang saya semakin membengkok dan memberi kesan pada hari tua. Walaupun saya malu dengan kecacatan ini, saya kena redha. Terima kasih Ya Allah atas pemilihan ini kepada saya. Moga saya tabah.
Al Baqarah : 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". * Kepada sahabat-sahabat yang masih dalam dilema untuk menjalani pembedahan seperti saya, sila buat pilihan yang terbaik dan saya mengesyorkan lakukan segera sebelum hari tua kerana kesannya berbaloi-baloi :). Lagi muda, lagi baik kerana tempoh sembuhnya cepat.
No comments:
Post a Comment