Saturday, July 31, 2010

Kembali Lagi

Hari yang ditunggu datang jua. Jumaat. Masa untuk datang ke Bangi. Istilah balik ke Bangi kini sudah bertukar kepada datang. Perlu menerima hakikat perlahan-lahan.

Berkongsi kereta bersama rakan setugas yang juga rakan belajar ketika dahulu. Masing-masing dengan tujuan yang sama, menguruskan hal-hal berkaitan hari penghargaan pada minggu hadapan. Hari penghargaan setelah berhempas pulas belajar. Walaupun 3 semester tempohnya, tapi bebannya Allah sahaja yang tahu.

Tahniah kepada yang berkenaan. Teruskan usaha meneroka ilmu Allah sehingga akhir hayat dalam mencari erti kehambaan.

2 comments:

  1. tahniah cik!!slmt meraikan hari yg penuh makna ini!u get wat u deserve...sekalung ucapan tahniah d atas kejayaan yg cik raih!!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Moga tesis cik siap dgn jayanya :0

    ReplyDelete